Sumber latihan dan Maklumat Kenalan

Kandungan Halaman

Tutorial

Soalan Lazim

Hubungi kami

 

Tutorial

Tutorial berikut memberi panduan langkah demi langkah untuk menghantar derma dalam talian:

Klik Disini untuk Derma

Soalan Lazim

S1. Berapa lamakah derma dikeluarkan dari akaun bank dalam talian saya (FPX) atau e-Wallet?

J1. Perbankan dalam talian (FPX) dan e-Wallet ialah potongan dana dalam masa nyata. Dana dikeluarkan dari kad debit anda melalui pemindahan dana elektronik (EFT). Pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun anda, atau derma tidak akan diproses. 

 

S2. Bolehkah saya menderma kepada tabung penginjil dari bahagian atau cabang lain? 

J2. Ya, anda boleh menderma kepada dana penginjil dari bahagian atau cabang lain, tetapi anda perlu tahu nombor unit bahagian atau cabang itu. Dalam borang derma dalam talian, layari kategori Dana Penginjil Bahagian dan kemudian klik Penginjil di Bahagian atau Cabang Lain. Masukkan nombor bahagian atau cabang dan klik Teruskan. Dari senarai ke bawah, pilih nama penginjil.  Kemudian masukkan jumlah yang anda ingin derma. 

(Sila Beri Perhatian: Pada masa ini anda hanya boleh menyumbang kepada dana penginjil bahagian dan cabang di negara di mana anda membuat sumbangan.) 

 

S3. Jika saya membuat sumbangan puasa dalam talian, adakah derma itu tersedia untuk membantu mereka yang berkeperluan dalam bahagian atau cabang saya? 

J3. Ya, sumbangan puasa dalam talian anda dikendalikan seolah-olah anda telah memberi derma kepada seorang ahli lembaga uskup atau presidensi cabang anda. 

 

S4. Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau debit untuk menderma dalam talian? 

J4. Tidak, semua derma dalam talian memerlukan penggunaan pemindahan dana elektronik (EFT) dari akaun cek atau akaun simpanan atau e-Wallet anda. 

 

S5. Adakah bank saya akan mengenakan yuran terhadap saya untuk memproses derma dalam talian? 

J5. Secara umumnya, tidak ada yuran berkaitan dengan pemindahan dana elektronik (EFT). Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin mengesahkan ini dengan institusi kewangan terpilih anda. 

 

S6. Mengapakah nama pasangan saya tidak muncul pada slip derma saya? 

J6. Derma berkaitan dengan satu nombor rekod keahlian. Ia hanya dicatatkan dalam akaun ahli yang membuat derma dalam talian. Ia tidak muncul dalam laporan pasangan. Walau bagaimanapun, anda boleh pilih untuk memasukkan nama pasangan anda pada slip derma dan penyata penderma. Pergi ke Tetapan, dan di bawah “Keutamaan,” klik kotak semak  Display spouse name (Paparkan nama pasangan). Walaupun nama pasangan anda mungkin muncul pada slip sumbangan dan penyata, derma dicatatkan dalam laporan keahlian individu. Jika berlaku kematian pasangan anda, hubungi kerani bahagian atau kerani kewangan anda dan minta dia mencetak penyata penderma pasangan bagi anda. Dalam situasi seperti ini, anda akan muncul sebagai pasangan penderma. Kerani bahagian atau kerani kewangan anda juga boleh memberi anda Penyata Cukai Rasmi pasangan anda tidak lama selepas akhir tahun cukai. 

  

S7. Mengapakah saya tidak dapat melihat derma pasangan saya apabila saya log masuk ke halaman derma? 

J7. Atas sebab undang-undang dan privasi, derma dicatatkan di bawah laporan keahlian individu. Walau bagaimanapun, pasangan anda boleh membenarkan anda untuk melihat dermanya. Untuk membenarkan pasangan anda untuk melihat derma anda, klik Tetapan. Dalam bahagian Keutamaan, klik kotak yang tertulis 'Allow spouse to view my donations' (Membenarkan pasangan untuk melihat derma saya). 

S8. Selaras dengan polisi Gereja, bahagian atau cabang kami mungkin mengadakan aktiviti mengumpul wang untuk aktiviti remaja seperti Remaja Puteri atau kem Pengakap. Bolehkah wang ini diderma dalam talian? 

J8. Tidak, sumbangan yang dibuat untuk aktiviti mengumpul wang tidak dianggap sebagai derma tetapi dianggap sebagai bayaran untuk barang atau perkhidmatan dan tidak boleh dilengkapkan dalam talian. Ia serupa dengan membayar kos projek kraf tangan yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Lembaga Pertolongan. Ia mesti dilakukan melalui bahagian atau cabang tempatan anda. 

 

S9. Apabila saya mengkaji semula derma sebelumnya, saya perhatikan saya membuat kesilapan dan meletakkan derma dalam kategori Sumbangan Puasa dan bukannya Persepuluhan, di mana saya inginkannya. Bolehkah saya mengubah derma yang sudah diselesaikan? 

J9. Tidak, derma yang sudah diselesaikan tidak boleh disunting. Walau bagaimanapun, anda boleh mencetak salinan derma anda, bawakan kepada kerani kewangan bahagian atau cabang anda, dan minta dia untuk membetulkan kategori derma untuk anda dalam komputer bahagian atau cabang. 

 

S10. Saya ingin derma saya dikembalikan. Bagaimana saya melakukannya? 

J10. Sila minta pemimpin unit anda menghubungi Pejabat Pentadbiran Gereja untuk meminta maklumat tentang cara untuk meneruskan. 

 

S11. Jika saya membuat derma dalam talian pada 31 Disember, bilakah derma saya akan ditambah kepada laporan derma saya secara rasmi? 

J11. Derma dalam talian dicatatkan dengan tarikh penghantaran derma. Semua masa dan tarikh dicatatkan menggunakan zon waktu gunung. Contohnya, jika derma dihantar dalam talian pada hari Jumaat, 31 Disember, pada 11:45 petang waktu gunung, derma akan dicatatkan dengan tarikh 31 Disember walaupun derma itu tidak diproses sehingga hari perniagaan yang akan datang. 

 

S12. Mengapakah saya tidak dapat sediakan derma yang berulang menggunakan sistem ini? 

J12. Derma yang berulang tidak dibenarkan dalam talian. Tetapi anda boleh memilih derma sebelumnya dan klik butang Guna Semula Derma Ini untuk buat sumbangan dengan cepat dengan amaun yang sama. 

 

S13. Saya mempunyai soalan tentang salah satu derma saya. Ke mana saya boleh dapatkan bantuan? 

J13. Kebanyakan soalan anda boleh dijawab dengan melihat bahagian Jawapan kepada Soalan Lazim di halaman Bantuan atau bercakap dengan kerani bahagian atau cabang anda. 

 

S14. Mengapakah saya perlu mempunyai nombor unit untuk menderma kepada dana penginjil bahagian atau cabang lain? 

J14. Kebimbangan privasi menggariskan bahawa nombor unit digunakan untuk derma kepada dana penginjil bahagian dan cabang lain. 

  

S15. Apakah umur minimum yang diperlukan untuk menderma dalam talian? 

J15. Anda mesti berumur 18 tahun atau ke atas untuk menggunakan sistem ini.

 

S16 Saya baru menghantar permintaan derma saya dan sedar saya membuat kesilapan. Bagaimanakah saya boleh batalkan permintaan derma saya? 

J16. Tidak, anda tidak boleh batalkan permintaan derma anda setelah bayaran diproses. Sila minta pemimpin unit anda menghubungi Pejabat Pentadbiran Gereja untuk meminta maklumat tentang cara untuk meneruskan. 

 

S17. Jika saya menghadapi isu teknikal semasa proses derma dalam talian, adakah proses itu akan disimpan dan didapatkan semula nanti?

J17. Tidak. Sistem akan membatalkan transaksi secara automatik dan akan mengalihkan anda ke Halaman Buat Derma untuk memulakan semula proses derma. Ini akan menghalang kesilapan dalam memproses bayaran.

 

S18. Saya log masuk ke halaman derma buat kali pertama, dan saya tidak nampak apa-apa derma saya tersenarai. Di manakah derma saya? 

J18. Semak untuk lihat jika Akaun Gereja yang anda gunakan dikaitkan dengan nombor rekod ahli anda. Layari account.ChurchofJesusChrist.org/personalinformation dan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan Akaun Gereja anda. Klik pilihan Keahlian dan ikut arahan untuk menambah nombor rekod ahli anda kepada Akaun Gereja. Anda juga boleh semak dengan kerani bahagian anda untuk melihat jika penderma yang salah, seperti pasangan anda, dipilih semasa mencatatkan derma.  

 

S19. Di manakah saya boleh menderma persepuluhan dan sumbangan lain dalam talian? 

J19. Anda boleh layari donations.ChurchofJesusChrist.org, atau anda boleh pergi ke ChurchofJesusChrist.org, klik Akaun dan Bahagian Saya di bahagian atas sebelah kanan halaman, dan kemudian klik pautan Donations (Derma) di bawah My Home (Bahagian Saya). 

 

S20. Saya bimbang tentang keselamatan. Adakah maklumat saya selamat apabila saya buat derma dalam talian? 

J20. Ya. Sistem derma dalam talian telah dibina dengan teknologi dan proses penyulitan terkini yang sedia ada. Ia juga telah melalui banyak audit keselamatan dan sentiasa dipantau untuk memastikan ia kekal selamat. Sila pastikan anda menggunakan pelayar web terkini untuk memanfaatkan kemas kini keselamatan terkini. 

 

S21. Mengapakah saya melihat para penginjil dalam senarai ke bawah Dan Penginjil Bahagian yang telah pulang dari misi selama berbulan-bulan? 

J21. Sila beritahu kerani bahagian atau cabang anda supaya dia boleh mengambil tindakan yang sesuai. 

 

S22. Bolehkah saya menambah nota atau memo pada derma saya? 

J22. Ya, anda boleh menambah nota kepada derma baru atau kepada derma sebelumnya. Klik ikon Nota di bahagian bawah slip. 

 

S23. Bagaimanakah saya memilih bahasa yang berbeza? 

J23. Halaman derma memaparkan maklumat dalam bahasa yang anda tetapkan dalam profil Akaun Gereja anda. Untuk mengubah bahasa pilihan anda, ikut pautan ini: account.ChurchofJesusChrist.org/personalinformation.  

 

S24. Adakah presidensi bahagian/cabang perlu melakukan apa-apa apabila ahli-ahli membayar dalam talian?

J24. Derma yang dibuat melalui platform derma dalam talian akan dicatat secara automatik dalam sistem Gereja dan tidak lagi memerlukan bantuan daripada pemimpin unit.

 

S25. Bagaimanakah saya dapat mencari nombor keahlian Gereja saya?

J25. Anda boleh mencari nombor keahlian Gereja dalam talian dengan layari account.churchofjesuschrist.org/membership, atau anda boleh meminta kerani bahagian atau cabang anda untuk membantu anda mencarinya.

 

S26. Bagaimanakah saya dapat melihat sejarah derma saya?

J26. Semua ahli sepatutnya menerima laporan derma sebagai sebahagian daripada penyelesaian persepuluhan tahunan dengan uskup anda. Tetapi anda juga boleh melihat sejarah derma anda bila-bila masa dengan layari donations.churchofjesuschrist.org  

 

S27. Bagaimana saya tahu jika bayaran saya diproses?

J27. Anda sepatutnya menerima SMS atau e-mel dari bank atau Syarikat e-Wallet selepas transaksi selesai. Setelah derma anda dicatatkan dalam sistem Gereja, pengesahan e-mel tambahan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda ada dalam akaun churchofjesuschrist.org dalam talian anda.  Sila ambil perhatian bahawa sebarang pemberitahuan pengesahan bayaran dari bank anda, syarikat e-Wallet, atau Gereja, mesti diminta menggunakan prosedur “persediaan” khusus bagi setiap entiti.  Minta bantuan jika anda tidak dapat mencari dalam talian bagaimana untuk meminta ini sendiri.

 

S28. Bolehkah saya memberikan persepuluhan dan persembahan secara bersemuka kepada seorang ahli lembaga uskup atau presidensi cabang?

J28. Ya, anda masih boleh memberi persepuluhan dan sumbangan lain secara langsung kepada ahli-ahli lembaga uskup dengan mengisi slip persepuluhan kertas dan memasukkannya dengan wang tunai atau cek anda.

 

S29. Adakah saya masih perlu menghantar slip persepuluhan kertas jika saya membayar derma saya dalam talian?

J29. Tidak. Anda tidak perlu mengisi slip persepuluhan kertas semasa menderma dalam talian. Derma anda akan dicatatkan secara automatik dalam akaun Gereja anda.

 

S30. Bagaimana saya membuat sumbangan kepada Dana Penginjil Bahagian untuk seorang penginjil dalam bahagian atau cabang saya sendiri?

J30. Dalam borang derma dalam talian, layari kategori Dana Penginjil Bahagian. Dari senarai ke bawah, pilih nama penginjil, dan masukkan jumlah yang anda ingin derma.

 

S31: Adakah sebarang had pada jumlah derma yang saya boleh bayar setiap hari?

J31: Ya, anda hanya boleh bayar maksimum RM50,000 sehari

 

S32. Bagaimana saya boleh memulihkan akaun Gereja saya?

J32: Ikut arahan untuk memulihkan akaun Gereja anda. (PDF)

Jika anda perlukan bantuan lebih lanjut, sila hubungi kerani unit anda atau gunakan nombor-nombor bebas tol di bawah untuk menelefon Global Service Center (Pusat Perkhidmatan Global) di:  001-800-8680-2360 atau panggil sokongan WhatsApp LUS MY di: 

Malaysia Timur: Agus +62 818 85 6000

Semenanjung Malaysia: Leon +852 95583550

 

S33. Bagaimana saya mencipta akaun Gereja menggunakan churchofjesuschrist.org?

J33: Ikut arahan untuk mencipta akaun Gereja. (PDF)

 

S34 Mengapa saya tidak dapat akses borang derma dalam talian ketika saya log masuk ke dalam akaun Gereja saya?

J34 Akaun Gereja anda mesti terikat kepada Nombor Rekod Keahlian (MRN) anda untuk mengakses borang derma dalam talian.

 

S35 Berapa kali saya boleh proses derma dalam talian dalam sehari?

J35 Terdapat had sebanyak 5 transaksi sehari bagi setiap orang.

 

S36 Adakah sebarang had pada jumlah derma per transaksi?

J36 Ada. Jumlah minimum ialah RM5 dan maksimum ialah RM 10000 per transaksi. Namun, had per transaksi bagi penggunaan e-Wallet akan berbeza mengikut akaun pengguna.

 

S37 Adakah saya menerima pemberitahuan dari bank setelah bayaran saya ditolak daripada akaun bank saya?

J37 Bank akan hantar e-mel pemberitahuan bayaran kepada pembayar, bergantung pada tetapan akaun bank anda.

 

S38 Setelah saya dibawa ke gerbang pembayaran, bolehkah saya batalkan transaksi?

J38 Boleh. Anda boleh batalkan transaksi selama anda belum memproses bayaran. Untuk membatalkan transaksi, sila klik butang 'Cancel and Return to Church of Jesus Christ' (Batal dan Kembali ke Gereja Yesus Kristus) dalam gerbang pembayaran.

 

S39. Bagaimanakah untuk menambah nombor keahlian ke akaun Gereja anda?

J39: Ikuti panduan untuk menambah nombor keahlian kepada akaun Gereja anda.

 

Kenalan dan Sokogan                  

Sila hubungi kerani cabang atau bahagian anda, atau pakar derma dalam talian (jika cabang atau bahagian anda seorang pakar) untuk soalan lain yang anda ada.