Ayat suci
Rancangan kegembiraan ilahi, membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian. Tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian yang sedia ada di rumah Tuhan yang kudus memungkinkan setiap orang kembali ke hadirat Tuhan dan membolehkan keluarga-keluarga disatukan secara abadi. (Keluarga, Suatu Perisytiharan kepada Dunia)
Soalan
- Mengapakah keluarga penting dalam rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya?
- Bagaimanakah kekuatan suami dan isteri saling melengkapi satu sama lain ?
Objektif
Unit keluarga adalah abadi, dan kita akan dimuliakan sebagai keluarga. Ajaran-ajaran yang diajar dalam Perisytiharan Keluarga adalah pesanan yang terang dan jelas daripada Tuhan untuk zaman kita dan akan membimbing kita melalui aliran duniawi yang mengelirukan dan sentiasa berubah.