(Hanya untuk orang bukan Islam)

Ikutlah Nabi

Ayat suci

Apa yang telah Aku Tuhan firmankan, Aku telah berfirman, ... sama ada melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, ia adalah sama (A&P 1:38); Engkau akan mengendahkan segala perkataan dan perintahnya yang akan dia berikan kepadamu ketika dia menerimanya, ... Kerana perkataannya akan kamu terima, seolah-olah daripada mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman. Kerana dengan melakukan hal-hal ini pintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya melawanmu; ya, dan Tuhan Raja akan menyelerakkan kuasa kegelapan dari hadapanmu, dan menyebabkan langit bergoncang demi kebaikanmu, dan kemuliaan nama-Nya (A&P 21:4-6).

Soalan

  • Mengapakah sesetengah orang berasa sukar untuk mengikuti nabi Tuhan?
  • Apakah berkat-berkat yang mengikuti mereka yang menerima nasihat daripada para nabi? 
  • Bagaimanakah anda telah diberkati dengan mengikuti nabi?

Objektif

Dipimpin oleh seorang nabi hidup adalah salah satu ciri Gereja Kristus yang membezakan. Apabila kita menerima nasihat nabi sebagai nasihat Tuhan, kita akan dibimbing ketika mengharungi hari-hari terakhir yang berbahaya.

 

Kembali ke Topik