Ayat suci
Dan sekarang, anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu bangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh (Helaman 5:12).
Soalan
- Dalam gaya hidup yang sibuk dan aktif, apakah maksudnya untuk membiarkan kehidupan kita benar-benar disauhkan kepada Kristus?
- Apakah berkat-berkat dari kehidupan yang bersauh dalam Kristus?
Objektif
Masa untuk membina landasan yang pasti dalam Kristus bukanlah semasa ribut, tetapi pada masa yang tenang apabila ribut tidak mengamuk. Semua akan mengalami percubaan dan masalah dalam hidup. Setan berusaha untuk menggoda dan menghancurkan, tetapi apabila kita membina landasan pada Kristus dan injil-Nya, kita akan tahu bagaimana untuk berpaling kepada-Nya dan merasakan kedamaian-Nya.