(Hanya untuk orang bukan Islam)

Peribadikan Ucapan Anda

“Kerana itu, dia yang berkhutbah dan dia yang menerima, saling memahami, dan kedua-duanya diteguhkan dan bersukacita bersama.”

A&P 50:22

Personalizing Your Talk

Pertama, pertimbangkan dengan penuh doa apa yang anda harus bercakap. Jika anda telah diberikan tugasan, fikirkan perkara-perkara yang anda rasa perlu diucap. Jika anda belum di berikan tugasan, carilah bimbingan Roh Kudus ketika membuat pilihan topik.

Kedua, kaji semula ayat suci dan ucapan-ucapan Persidangan Umum yang mengajar kebenaran ajaran berkenaan topik itu. Dapatkan ayat suci dan petikan ringkas dari ucapan-ucapan yang boleh membantu mengajar pesanan anda. Ayat atau petikan ini akan menjadi asas ajaran dalam ucapan anda.

Ketiga, kenang kembali pengalaman-pengalaman anda sendiri, atau pengalaman orang lain, yang menunjukkan kebenaran ajaran yang anda ajari. Rancang untuk gunakan pengalaman yang menaik semangat dan membina iman dengan mengaitkannya kepada asas atau konsep ajaran anda. Sikap yang ikhlas memberi akses kepada Roh Kudus.

Keempat, atur fikiran anda.

Akhirnya, sampaikan ucapan anda, ingatlah untuk memberi pengenalan topik, ajar ajaran yang benar, kongsikan pengalaman peribadi, dan akhiri dengan kesaksian dalam nama Yesus Kristus.

 

Kembali ke Untuk Pembicara