Anak-anak kecil kita boleh rasa sakramen itu penting bagi kita. Kita boleh lakukan lebih banyak untuk membantu mereka lihat bahawa ia juga penting bagi mereka.
Pernahkah anda tertanya mengapa kita membenarkan kanak-kanak yang belum dibaptis mengambil sakramen? Adakah ia hanya untuk mengelak bebelan dan pergelutan apabila mereka inginkan sekeping roti? Adakah ia hanya untuk memudahkan perlaksanaan tatacara injil, supaya menjaga keamanan?
Saya rasa tidak begitu. Saya percaya ada sebab yang lebih mendalam. Saya percaya ini kerana saya percaya apabila Yesus Kristus berkata “semua,” Dia maksudkan semua orang. Dan ketika Dia bercakap kepada orang ramai, Dia tidak mengecualikan sesiapa pun.
Semasa Juruselamat yang bangkit memperkenalkan sakramen kepada umat-Nya di Benua Amerika, Dia menekankan tatacara itu sakramen mempunyai maksud istimewa bagi mereka yang telah dibaptis.1 Demikianlah, Dia memerintahkan para pengikut-Nya untuk “memberikan [sakramen] kepada orang ramai.” 2 Orang ramai itu termasuk “anak-anak kecil.” 3
Apabila pemegang imamat hari ini mengucap doa sakramen, mereka meminta Bapa Syurgawi untuk memberkati dan menguduskan roti dan air “kepada jiwa mereka semua” yang mengambilnya.4 Semua. Setiap orang yang mengambil bahagian—termasuk setiap anak kecil.
Jika dengan pengambilan roti dan air, kanak-kanak menerima lambang ini sebagai berkat kepada jiwa suci mereka, pastinya ada cara untuk membantu mereka mencari makna dalam tatacara ini.
Dengan pemahaman ini, saya melihat kembali masa ketika anak-anak saya masih kecil. Isteri dan saya berusaha baik untuk memastikan mereka diam semasa pengedaran sakramen. Saya fikir mereka dapat rasa tatacara itu penting bagi kita. Tetapi kita boleh lakukan lebih banyak untuk membantu mereka lihat bahawa ia penting bagi mereka.
Apakah yang kita boleh lakukan? Kita boleh ingat bahawa anak-anak kecil mampu mentaati janji-janji dalam doa sakramen. Mereka boleh memahami maksud “selalu mengingati” Yesus, menurut keupayaan mereka yang berkuasa. Mereka boleh berjanji untuk “mentaati perintah-perintah-Nya.” Mereka juga boleh tunjukkan bahawa mereka “bersedia untuk mengambil ke atas diri mereka nama” Kristus, dan tahu mereka akan miliki hak istimewa itu sejurus selepas mereka dibaptis dan ditetapkan.5
Tetapi bagaimanakah dengan memperbaharui perjanjian? Para pemimpin gereja mengajar kita apabila mengambil sakramen, kita memperbaharui semua perjanjian yang kita telah buat dengan Tuhan.6 Anak-anak kecil tidak mempunyai sebarang perjanjian untuk diperbaharui.
Saya berfikir lagi tentang masa ketika anak-anak kami masih kecil. Kami tidak dapat bantu mereka renungkan perjanjian, tetapi kami boleh membantu mereka menantikannya. Saya menggambarkan diri saya dengan seorang anak lelaki atau perempuan kecil pada pagi Hari Sabat:
“Apabila anda berumur lapan tahun,” saya berkata, “anda akan dibaptis dan menerima kurnia Roh Kudus. Anda akan membuat perjanjian. Perjanjian yang anda buat kemudian hari adalah seperti janji-janji yang anda buat sekarang ketika mengambil sakramen.
“Sewaktu saya mengambil sakramen hari ini, saya akan memperbaharui perjanjian pembaptisan saya, seperti membuat janji itu lagi. Anda akan berada di sana bersama saya, tetapi anda tidak akan memperbaharui perjanjian. Anda belum buat perjanjian lagi. Sebaliknya, anda boleh berlatih membuat perjanjian. Setiap kali anda mengambil sakramen, anda boleh bersedia untuk dibaptis dan ditetap. Dengan itu, anda akan bersedia apabila berumur lapan tahun.”
Jika tidak biasa menggunakan perkataan berlatih dengan cara ini, pertimbangkan ini: Dalam keadaan takzim, seorang bapa boleh membantu anak-anaknya bersedia untuk tatacara pembaptisan dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana mereka akan berdiri bersama dalam air dan dengan berkongsi kata-kata doa pembaptisan. Dia tidak melaksanakan tatacara dalam keadaan itu. Dalam maksud lain, dia membantu anak-anaknya berlatih. Dengan cara itu, mereka tidak akan risau tentang apa yang akan berlaku apabila mereka memasuki air pembaptisan. Saya percaya ibu dan bapa juga dapat membantu anak-anak berlatih membuat dan mematuhi perjanjian pembaptisan. Setiap pertemuan sakramen boleh menjadi sesi latihan kudus untuk anak-anak kecil semasa mereka mengambil lambang Korban Tebusan Juruselamat.
Jadi kembali kepada soalan asal saya. Mengapakah kita membenarkan kanak-kanak yang tidak dibaptis mengambil sakramen? Adakah ia hanya untuk “menjaga keamanan”? Tentunya tidak. Kita membantu anak-anak kecil kita mengambil sakramen agar mereka boleh mengingati Juruselamat mereka dan menjaga kedamaian-Nya—kedamaian yang tidak seperti apa-apa yang dunia boleh tawarkan.7 Kita bantu mereka bersedia untuk menerima kedamaian itu dengan lebih besar dan lebih berlimpah di masa depan, apabila mereka akan membuat dan mentaati perjanjian dengan Dia.