Pada satu pagi hari Sabtu yang indah tidak lama dahulu, semasa saya pulang ke rumah dari Bait Suci Bountiful Utah, saya melewati beberapa penunggang basikal dengan mengayuh kuat ke arah yang bertentangan. Semasa saya melihat mereka bersusah payah untuk naik bukit yang agak mustahil untuk naik, fikiran pertama yang datang ke minda saya adalah, “Mereka mesti gila.” Saya pasti nabi Yesaya terfikir bait suci Bountiful dalam mindanya apabila berkata, “Pada masa hadapan bukit tempat Rumah Tuhan akan menjadi bukit yang tertinggi antara segala bukit yang lain” (Yesaya 2:2), kerana ia benar-benar jauh di atas gunung. Kembalilah kepada para penunggang basikal yang cuba mengayuh ke puncak bukit itu dengan basikal—kereta saya pula sukar untuk memandu naik. Apakah yang mereka fikirkan?
Dan kemudiannya saya sedar. Mereka mungkin berfikir bahawa kerja keras mereka menjadikan mereka lebih kuat. Mereka mungkin berfikir bahawa mencapai puncak itu akan menjadi pengalaman yang berbaloi kerana usaha mereka sampai ke sana. Mereka mungkin berfikir bahawa saya tidak akan menghargai pemandangan dari puncak kerana saya tidak mengalami kesusahan yang sama untuk sampai ke sana (yang, secara kebetulan, adalah benar, kerana saya tidak terfikir untuk melihat pemandangan itu sehinggalah setelah mereka membuat saya memikirkannya). Mereka mungkin berfikir bahawa semua persediaan mereka untuk sampai ke sana sangat berharga. Nampaknya mereka tidak begitu gila.
Dengan mempertimbangkan pengalaman yang saya bayangkan bagi para penunggang basikal di puncak bukit itu, saya mula berfikir tentang pengalaman yang saya harap keluarga dan saya akan ada semasa pertemuan sakramen setiap minggu. Adakah kita bersedia dan menantikan pengalaman mingguan kita bersama Tuhan dengan ketekunan dan usaha yang sama? Kita telah menerima banyak nasihat tentang kepentingan menguduskan hari Sabat. Dari bimbingan terilham Presiden Russell M. Nelson dalam persidangan umum April 2015 kepada latihan istimewa yang kita harap semua terima dalam bahagian dan cabang kita. Kita diingati tentang pemeliharaan hari Sabat dan cara menjadikannya lebih bermakna setiap minggu.
Persediaan Harian
Saya tidak begitu pasti, tetapi saya akan teka bahawa para penunggang basikal itu tidak terfikir untuk pergi mendaki bukit semasa bersiar-siar pada pagi itu. Mengapa? Kerana saya tahu jika saya cuba melakukannya, saya akan gagal dengan sengsara kira-kira 45 meter menaik curam. Saya rasa, mereka berusaha setiap hari dalam latihan jasmani supaya boleh menunggang dengan berjaya. Begitu juga, kita tidak boleh menghadiri pertemuan sakramen sekali seminggu, tanpa persediaan, dan berharap untuk dapat pengalaman rohani. Kita perlu bersedia untuknya setiap hari.
Bangsa Zoram dalam Kitab Mormon menghadiri gereja setiap minggu. Tetapi ada masanya mereka melupakan tujuan injil—Yesus Kristus—dan “telah jatuh ke dalam kekhilafan besar.” Jadi apa yang sepatutnya sebuah pengalaman yang sangat bermakna setiap minggu menjadi pertemuan biasa untuk dihadiri. Dan apabila mereka selesai, “mereka kembali ke rumah mereka, langsung tidak bercakap tentang Tuhan mereka lagi sampai mereka berkumpul bersama kembali” (Alma 31:9, 23).
Untuk mengelakkan kesilapan yang sama, berikut adalah beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan apabila menilai persediaan harian kita untuk pertemuan sakramen setiap minggu:
- “Adakah kita telah melakukan semua aktiviti “Sabtu—hari persediaan” yang mengurangkan tekanan pada hari Sabat? Seorang kawan baru-baru ini menulis di Facebook bahawa untuk keluarganya, perbuatan mudah seperti menyusun semua kasut gereja di tepi dinding dan menggantung semua pakaian, reben rambut, dan tali leher pada tombol pintu pada malam hari Sabtu membuat pengalaman pertemuan sakramen lebih bermakna.
- Adakah kita cuba mengajar anak-anak kita kepentingan ketakziman semasa pertemuan sakramen? Ketakziman adalah lebih daripada sekadar menyibukkan kanak-kanak kecil supaya mereka senyap. Ia adalah perasaan kasih dan hormat kepada yang kudus. Kanak-kanak kecil boleh belajar ketakziman dengan sedikit galakan daripada orang dewasa yang dipercayai.
- Adakah kita telah mengajar para pemegang Imamat Harun di rumah dan kuorum kita kepentingan tugas imamat mereka semasa pertemuan sakramen? Dalam Ajaran dan Perjanjian 13, kita belajar bahawa Imamat Harun memegang kunci-kunci injil pertaubatan. Adakah kita memahami kepentingan peranan itu? Melalui pelayanan kudus setiap minggu itu, mereka menawarkan setiap kita keupayaan untuk bertaubat dan diampuni melalui pemberian sakramen.
- Adakah kita tidur pada waktu yang munasabah pada malam Sabtu untuk berjaga semasa pertemuan sakramen?
- Adakah kita melakukan semua yang diperlukan sepanjang minggu untuk menjemput Roh ke dalam kehidupan kita supaya dapat bersedia dan bersemangat untuk mempunyai pengalaman yang bermakna dengan Tuhan semasa sakramen pada hari Ahad?
- Adakah kita bersedia untuk menilai sikap dan tingkah laku peribadi dan benar-benar berhubung dengan Juruselamat semasa pemberian sakramen?
Dalam sesi persidangan umum wanita baru-baru ini, Sister Linda S. Reeves dengan berani mengingatkan para saudari bahawa “novel percintaan yang menggoda, drama lipur lara TV, wanita yang sudah kahwin dan teman lelaki lama berhubung di media sosial, dan pornografi” adalah beberapa alat yang Setan gunakan untuk menghalang kita daripada bersedia untuk pengalaman rohani yang dingini Dia menasihati: “Apabila kita terlibat dalam menonton, membaca, atau mengalami apa-apa yang di bawah standard Bapa Syurgawi kita, ia melemahkan kita. Tidak kira umur kita, jika apa yang kita lihat, baca, dengar, atau pilih untuk lakukan tidak memenuhi standard Tuhan dalam Untuk Kekuatan Remaja, matikan, koyak, buang dan tutup pintu.”
Bersedia untuk Pergi
Para penunggang basikal yang saya perhatikan telah bersedia dalam setiap cara untuk perjalanan yang berjaya. Dengan pakaian yang sesuai, peralatan keselamatan yang betul, mereka sedia untuk menunggang ke atas gunung. Apabila kita tiba di bangunan pertemuan untuk pertemuan sakramen setiap minggu, adakah kita bersedia untuk pengalaman rohani?
Berikut adalah soalan-soalan yang perlu dipertimbangkan apabila menilai usaha kita untuk membawa ke pertemuan sakramen yang bermakna:
- Adakah kita datang berpakaian menurut keinginan kita untuk menunjukkan rasa hormat dan kasih kepada Tuhan ?
- Adakah kita datang dengan hati yang hancur dan jiwa yang menyesal, bersemangat untuk bertaubat dan belajar daripada Roh Kudus?
- Adakah kita tiba awal dan mengawal masa menyapa hadirin di gereja untuk mengekalkan perasaan takzim yang perlu wujud di situ? Mendengar muzik pendahuluan dengan senyap adalah cara terbaik untuk bersedia bagi pertemuan itu.
- Adakah kita menjaga keperluan seperti minum air dan menggunakan tandas sebelum pertemuan bermula?
- Adakah kita cuba untuk mengurangkan semua gangguan, termasuk alat elektronik, terutamanya semasa pemberian sakramen? Elder Dallin H. Oaks mengajar: “Apabila mengambil sakramen, kita membuat perjanjian kudus bahawa kita akan selalu mengingati Juruselamat. Betapa sedihnya melihat orang melanggar perjanjian itu dalam pertemuan di mana mereka membuatnya.”
- Adakah kita mengatasi gangguan kanak-kanak kecil dengan cara berkesan? Kerana Gereja adalah tentang keluarga, kanak-kanak kecil akan sentiasa menjadi faktor dalam pertemuan sakramen. Tetapi kita boleh datang bersedia untuk mengatasi gangguan itu. Jika kanak-kanak adalah kepunyaan kita, kita boleh membawa mereka keluar untuk menyumbang kepada ketakziman pertemuan itu. Dan jika kanak-kanak bukan kepunyaan kita, kita boleh bersabar dengan gangguan kecil tanpa penghakiman atau ketidaksabaran atau memberi bantuan sederhana jika sesuai.
- Adakah kita menyanyikan lagu rohani yang dipilih dengan ketakziman dan hormat? Nyanyian rohani adalah sebahagian penting penyembahan yang bermakna, dan kita boleh menjemput dan belajar daripada Roh dengan lebih berkesan ketika mengambil bahagian.
- Adakah kita mencari pengalaman rohani semasa pertemuan sakramen dan kekal berjaga dan memberi perhatian semasa pemberian sakramen dan ucapan-ucapan?
- Adakah kita memandang kepada pemberian sakramen sebagai beberapa waktu minggu kita yang paling berharga? Melalui tatacara kudus ini, Juruselamat menawarkan keampunan, kekuatan dan peluang untuk mengingati perjanjian yang kita telah buat.
Seperti kebanyakan perkara lain, kita akan mendapati pengalaman pertemuan sakramen seperti yang kita cari. Jika kita mencari perkara biasa atau membosankan, kita pasti akan dapat apa yang kita carikan. Tetapi jika kita pergi setiap minggu dan mencari pengalaman rohani dengan ikhlas, di mana kita boleh berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi dan Juruselamat, Yesus Kristus—dan bersedia untuk berusaha mencapainya—kita akan mendapati bahawa setiap satu jam setiap minggu, kita mengalami pengalaman di puncak bukit yang membuat kita katakan, “Ya, segala usahah yang saya lakukan untuk sampai ke sini amat berbaloi.”
Jika anda ingin belajar lebih tentang pembaikan pengalaman pertemuan sakramen anda, baca ucapan Elder Dallin H. Oaks “Pertemuan Sakramen dan Sakramen” atau ucapan Presiden Russell M. Nelson “Menyembah di Pertemuan Sakramen,” atau tonton video “Purposes of Sacrament Meeting.” Untuk cadangan lain yang sangat hebat, baca artikel “Getting the Most Out of Sacrament Meeting.”