(Hanya untuk orang bukan Islam)

Dapatkan Pengalaman yang Paling Banyak di Pertemuan Sakramen 

Dari remaja Bahagian Pertama dan Kedua Harlem, Pancang New York Manhattan 

Pernah dengar seseorang berkata, “masa sakramen tadi bagus sekali,” dan anda tertanya-tanya jika mereka berada dalam pertemuan yang sama dengan anda? Tujuan pertemuan sakramen adalah untuk memberkati kehidupan kita, tetapi untuk benar-benar mendapat manfaat daripadanya, kita perlu melabur ke atas diri kita sendiri. Berikut adalah cadangan tentang … 

Pertemuan sakramen: 

  • Sebagai sebahagian daripada pengkajian harian anda, baca ayat-ayat suci dalam Panduan Tulisan Suci tentang “Sakramen.” 
  • Bersedia sebelum pertemuan. Datang awal, dengar muzik dan cari wahyu. 
  • Semasa lagu rohani sakramen dimainkan, fikirkan kata-kata lagu rohani itu. 
  • Kaji semula dalam minda kenapa anda mengambil sakramen. 
  • Tumpukan perhatian pada doa-doa yang dikatakan. Bayangkan diri anda sedang membuat perjanjian. 

Ucapan-ucapan: 

  • Buat keputusan bahawa anda akan belajar sekurang-kurangnya satu perkara baru daripada setiap pembicara. Kemudian, dengar dengan baik. 
  • Jika seorang pembicara kelihatan gementar, senyum dan bertentang mata. Elakkan berbisik kepada orang lain. Jika anda yang berbicara, anda juga akan inginkan kesopanan dan kehormatan yang sama. Dan keprihatinan anda akan membantu menjemput Roh untuk mengajar anda. 
  • Bayangkan anda perlu menulis satu laporan tentang ucapan. Apakah perkara-perkara baik yang diberikan oleh pembicara? 
  • Tuliskan soalan-soalan tentang topik ucapan supaya anda boleh menyelidiknya kemudian. 
  • Bawa seorang yang bukan ahli gereja atau kurang aktif. Anda akan mendapati diri anda memberi perhatian dan belajar lebih sekiranya kawan anda mempunyai soalan atau ingin bercakap tentang apa yang dia telah dengar. 
  • Ingatlah, jika anda mendengar ucapan dengan semangat ingin belajar, Roh dapat mengajar anda hal-hal yang anda perlu pelajari, walaupun pembicara tidak menyebutnya secara langsung. 

Apakah yang anda lakukan untuk mendapat pengalaman yang paling baik di pertemuan sakramen? Beritahu kami di ftsoy@ChurchofJesusChrist.org