Beberapa tahun yang lalu, saya berpeluang ke Tanah Suci di mana Juruselamat, Yesus Kristus tinggal dan mengajar. Sebagai persediaan, saya mengkaji kehidupan-Nya dan menyelidiki tempat yang saya ingin kunjungi. Kemuncak perjalanan saya ialah membaca laporan alkitab tentang penderitaan Tuhan di Taman Getsemani di antara pokok-pokok zaitun purba di luar Yerusalem, dan tentang kebangkitan-Nya di Taman Kuburan. Saya menyelesaikan pengembaraan singkat itu dengan satu tekad baru untuk mengikuti Juruselamat. Proses persediaan, mengambil bahagian, dan bertindak menurut pengalaman-pengalaman itu telah memberkati hidup saya.
Setiap kita berpeluang untuk membuat perjalanan tetap ke tempat kudus di mana kita boleh merenungkan kehidupan Juruselamat dan hubungan kita dengan-Nya. Juruselamat menjemput kita untuk sering bertemu untuk mengambil sakramen[1] dan berjanji untuk berada di tengah-tengah kita[2] apabila semua berkumpul untuk berbuat demikian. Apabila kita menerima jemputan-Nya, kita bersedia dan dilindungi daripada cabaran masa depan.[3] Apabila kita bertaubat dengan konsisten dan mengingati-Nya, kita akan sentiasa memiliki roh-Nya bersama kita.[4] Pertemuan sakramen adalah pertemuan yang paling kudus dan penting dalam gereja kerana tatacara sakramen dan perjanjian yang berkaitan dengan Tuhan.[5]
Pertemuan sakramen adalah peluang istimewa untuk mendekati Juruselamat. Untuk kita manfaatkan pengalaman ini sebaik mungkin, apakah yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri dengan lebih baik?” Bagaimanakah kita boleh lebih sepenuhnya mengambil bahagian? Bagaimanakah pengalaman sakramen terus memberkati kita?
Pertemuan sakramen adalah pertemuan yang paling kudus dan penting dalam gereja kerana tatacara sakramen dan perjanjian yang berkaitan dengan Tuhan.
Oleh Elder Dallin H. Oaks Dari Kuorum Dua Belas Rasul
Bersedia
Persediaan untuk pertemuan sakramen bermula sebelum hari Sabat. Juruselamat mengajarkan kita harus terlebih dahulu merenungkan dan berdoa tentang firman-Nya di rumah dan menyediakan minda kita.[6] Kita menyediakan anak-anak kita untuk sakramen dengan bercakap dengan mereka sepanjang minggu tentang maksudnya dan bagaimana mereka boleh gunakan masa itu untuk belajar tentang apa yang Juruselamat telah lakukan untuk mereka. Kita harus memeriksa diri kita[7] dan tentukan perubahan yang kita perlu buat dalam hidup kita dan bantuan yang kita perlukan daripada Tuhan. Kita boleh membuat senarai soalan-soalan untuk dibawa ke pertemuan itu dan bersedia mendengar jawapan soalan-soalan itu dalam doa, lagu rohani, dan pesanan yang diberikan. Kita boleh memberi kepada Tuhan hati kita yang hancur dan roh yang menyesal[8] dengan bertaubat dan mencari keampunan daripada Tuhan untuk dosa-dosa dan mengampuni orang lain atas pelanggaran mereka terhadap kita. Persediaan dengan tujuan membolehkan kita menerima ilham yang kita cari dan perlukan.
Mengambil Bahagian
Juruselamat meminta kita untuk berjaga-jaga dan berdoa selalu.[9] Kita tetap berjaga-jaga dan fokus apabila mengambil bahagian secara aktif dalam pertemuan itu dengan mendengar jawapan kepada soalan-soalan kita, dan mencatatkan dorongan yang diterima daripada Roh Kudus. Kita menyatukan iman kita dengan orang lain melalui doa-doa yang diberikan dan menyatukan suara kita dalam menyanyikan lagu rohani. Kita menyatakan peneguhan kita dengan “amin” selepas setiap pesanan dan doa. Kita mendengar dengan takzim apabila doa sakramen dibacakan dan mengulanginya dalam fikiran seolah-olah ia adalah rayuan dan komitmen peribadi kita kepada Tuhan. Kita tumpukan pesanan, muzik, atau doa kita kepada Juruselamat, Yesus Kristus, dan kita mencari peluang untuk membantu orang lain rasa dialu-alukan, dikasihi, dan diperlukan. Melalui penyertaan aktif, kita merasakan pergaulan, lebih banyak kepuasan, dan memperkuatkan rakan penyembah kita.
Bertindak
Melalui tatacara sakramen, kita berjanji dengan Tuhan bahawa kita bersedia mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus, untuk selalu mengingati-Nya, dan untuk selalu mematuhi perintah-perintah-Nya. Selepas setiap pertemuan sakramen, semua berusaha untuk memenuhi janji-janji kepada Tuhan. Kita juga pilih untuk bertindak dengan segera atas dorongan yang kita terima semasa pertemuan itu. Kita menerima jemputan Juruselamat untuk “angkatlah cahaya kita” agar ia boleh bersinar kepada dunia[10] dan melakukan ini dengan mengasihi, berkongsi, dan menjemput orang lain untuk “mari dan lihat,” “mari dan bantu,” dan “marilah tergolong” dalam cara yang semula jadi. Apabila kita bertindak dalam iman, Tuhan memberkati kita dengan pengalaman yang membawa kita kebahagiaan kekal.
Melalui proses persediaan, mengambil bahagian dan bertindak ini, penyembahan sakramen kita menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita dan sumber kuasa dan perlindungan rohani yang berpanjangan. Hubungan kita dengan Juruselamat dan para pengikut akan dipertingkatkan. Semoga setiap kita mempertimbangkan bagaimana kita boleh sepenuhnya manfaatkan pengalaman pertemuan sakramen kita sebaik mungkin dalam kehidupan kita.
[1] Lihat A&P 20:75, 3 Nefi 18:22
[2] Lihat A&P 88:63, Yakobus 4:8
[3] Lihat 3 Nefi 18:12-13
[4] Lihat 3 Nefi 18:11
[5] Dallin H. Oaks, “Sacrament Meeting and the Sacrament”, October 2008 General Conference,
[6] Lihat 3 Nefi 17:3
[7] Lihat 1 Korintus 11:28
[8] Lihat 3 Nefi 9:20
[9] Lihat 3 Nefi 18:15-16, Matius 26:38
[10] Lihat 3 Nefi 18:21, 24